5 Tip Penting Untuk Kejayaan Sebenar Perniagaan Berasaskan Internet
Posted by adminSep 4
Menghantar mesej ke senarai e-mel adalah kaedah pemasaran yang sangat perlu untuk berjaya. Namun, ada kalanya kita ingin mendapatkan respon yang lebih baik dari apa yang kita buat. Jika anda benar-benar serius untuk melakukan yang terbaik, berikut lima tip untuk membantu meningkatkan hasil promosi anda.
1. Letakkan Borang Opt-in di dalam pelbagai bentuk di mana-mana ruangan diwebsite atau blog anda. Semakin banyak anda letakkan, kemungkinan besar lebih ramai orang akan perlu mengisinya. Dan ingat pastikan meminta pengunjung anda untuk mengisi borang tersebut- secara berhikmah & terus – tetapi jangan seperti mengarah/memaksa mereka mengisisnya.
2. Berikan pelanggan anda sedikit intro untuk mesej seterusnya. Jangan memberikan kesemuanya, tapi apa yang boleh meningkatkan perhatian mereka seterusnya dari e-mel itu nanti.
3. Notis awal mengenai email yang akan datang. Ia berbeza sedikit dari tip sebelum ini yaitu mesej yang disampaikan akan secara keseluruhan mengenai apa yang akan datang nanti.Gunakan email ini untuk memberitahu mereka harga tawaran yang terhad masanya supaya mereka tidak terlepas. Pastikan anda masukkan tarikh akhir untuk menghasilkan masa tawaran yang penting tersebut bagi meningkatkan keyakinan mereka untuk mendapatkan produk yang anda tawarkan.
4. Buat mesej yang menyebabkannya ingin berkongsi dengan rakan-rakan mereka. Tidak semua e-mel harus dirancang namun tetap istimewa untuk senarai anda. Mendorong mereka untuk berkongsi dari masa ke masa. Ketika ini, pembaca berpotensi mesti dibukakan difikirannya untuk mengambil tindakan selanjutnya.
5. Pemasaran e-mel anda mestilah mempunyai sistem automatik. Autoresponders adalah suatu kewajipan – untuk memastikan kempen anda dihantar secara terancang. Anda boleh masukkan pelbagai mesej yang anda inginkan, dan menetapkan masa untuk sistem menghantarnya. Paling tidak, anda harus mempunyai mesej selamat datang yang dihantar selepas sistem opt-in ini disahkan.
Pemasaran menggunakan email adalah penting di dalam perniagaan berasaskan Internet, dan pemilik perniagaan yang bijak akan meningkatkan kemahiran mereka melalui kaedah ini. Semoga anda akan berjaya dengan tip yang diberikan ini.









